Get the Flash Player to see the slideshow.

Majlis Kesyukuran PMR 2009

Sambutan Majlis Kesyukuran PMR 2009 telah diadakan pada hari khamis, 4 Feb 2010 di dewan utama sekolah. Majlis ini telah dihadiri oleh guru-guru, staf kakitangan dan pelajar-pelajar PMR 2009. Ucapan sepatah dua kata oleh Puan Pengetua sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar PMR 2009 atas kejayaan yang diperolehi. Semoga kejayaan demi kejayaan akan dicapai oleh kita semua selepas ini. Syabas dan tahniah kami ucapkan.

Promosi Koperasi Sekolah

Koperasi Kospint – Imtiaz Kuala Terengganu menawarkan perkhidmatan menjual barangan runcit kepada semua warga Imtiaz (Guru & Kakitangan).

  • Bayaran boleh dibuat secara tunai atau hutang (ambil dahulu bayar hujung bulan)
  • Uniform Kokurikulum boleh ditempah di koperasi lengkap dengan aksesori (harga berpatutan)
  • Pembeli yang mempunyai rekod terbanyak akan memenangi hadiah misteri

Keistimewaan:

  • Harga murah berbanding pasaran luar
  • Menjimatkan masa
  • Membantu koperasi menjana pendapatan untuk aktiviti & program sekolah

Selamat Hari Lahir Cikgu Asmalia

cake

Kami seluruh warga Imtiaz Kuala Terengganu mengucapkan selamat hari lahir yang ke 46 kepada Cikgu Asmalia. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Teruskan perjuangan anda di imtiaz!

Kelas Bimbingan Al-Quran

Imtiaz Kuala Terengganu telah mengambil langkah-langkah untuk membudayakan Al-Quran di kalangan semua warganya. Sehubungan dengan itu, kelas bimbingan Al-Quran akan diadakan sepertimana berikut:

Kelas akan diadakan setiap hari ahad.
dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.
bertempat di bilik mesyuarat.
semua kakitangan wanita (sekolah & swasta) diwajibkan hadir.

Peperiksaan TOV

Selamat menduduki peperiksaan TOV bagi semua pelajar tingkatan 2 hingga 5. Semoga peperiksaan ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan anda semua. Lakukan yang terbaik!

Jadual Peperiksaan:

Tingkatan 5 (27 Jan – 10 Feb)

Tingkatan 4 (7 Feb – 10 Feb)

Tingkatan 3 (27 Jan – 2 Feb)

Tingkatan 2 (7 Feb – 9 Feb)

Kejohanan Larian Imtiaz

Ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dan kakitangan atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Larian Imtiaz peringkat sekolah yang telah berlangsung pada 19 Januari 2010. Untuk tatapan foto kejohanan tersebut, sila layari laman galeri. Sekian, terima kasih.

Kemasukan Pelajar Tingkatan 4

Pada 10 Januari 2010 (Ahad) telah diadakan sesi pendaftaran untuk kemasukan pelajar tingkatan 4. Foto di laman galeri disediakan.

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1

Pada 9 Januari 2010 (Sabtu), Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menerima sejumlah pelajar baru tingkatan 1 bagi sesi 2010. Pada hari tersebut pendaftaran kemasukan telah dijalankan oleh pihak sekolah yang berlangsung di Dewan Sekolah. Pelajar baru ini akan menjalani minggu orientasi selama satu minggu. Foto selanjutnya terdapat di laman galeri.