Majlis Kesyukuran PMR 2009
Sambutan Majlis Kesyukuran PMR 2009 telah diadakan pada hari khamis, 4 Feb 2010 di dewan utama sekolah. Majlis ini telah dihadiri oleh guru-guru, staf kakitangan dan pelajar-pelajar PMR 2009. Ucapan sepatah dua kata oleh Puan Pengetua sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar PMR 2009 atas kejayaan yang diperolehi. Semoga kejayaan demi kejayaan akan dicapai oleh kita semua selepas ini. Syabas dan tahniah kami ucapkan.








