Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menyertai perarakan Maulidur Rasul 1431 H peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 26 Februari 2010 (Jumaat). Perarakan bermula pada pukul 8.30 pagi dari Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah dan berakhir di Stadium Negeri pada pukul 10.00 pagi. Perarakan sejauh 2.8 KM itu telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan di Negeri Terengganu.