Pihak Komuniti Cakna Terengganu telah menganjurkan satu ceramah kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 pada 23 Februari 2010. Ceramah ini memberi penerangan dan kesedaran terhadap bahayanya penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing di kalangan remaja sekarang. Semoga pelajar-pelajar mendapat input yang berguna agar dapat mengukuhkan kejatian diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.