Imtiaz Kuala Terengganu Hebat!
Mar 14th
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sekali lagi mencatat sejarah kerana berjaya memperoleh 100% lulus bagi SPM 2009. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu juga menduduki tangga ke-8 Negeri Terengganu dengan mata GPS sebanyak 2.188. Seramai 7 orang pelajar yang mendapat “straight A’s” dan pelajar terbaik SPM 2009 jatuh kepada Fatin Aqilah Binti Abdullah yang mendapat 9 A+ dan 2 A solid.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SPM 2009 yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka.
Pelancaran Program Membaca
Mar 11th
Lawatan ke Loji Air Kepong
Mar 10th
Unit Panitia Sains Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Loji Air Kepong, Serada. Lawatan ini dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 3. Pelajar diberi penerangan tentang bagaimana air sungai diproses hingga menjadi air paip yang kita gunakan sehari-harian.
Bengkel Pengucapan Awam
Mar 10th
Kelas Tajwid Untuk Guru & Kakitangan
Mar 8th
Makluman kepada semua guru & kakitangan. Kelas tajwid akan diadakan sepertimana berikut:
Hari : Isnin (Bermula 8 Mac 2010)
Masa : 08:00 – 09:00 Pagi
Tempat : Bilik Tayangan
Kelas tersebut akan dikendalikan oleh:
1. Ustaz Mohd Amin Faisal Bin Haji Uzip (Asas Tajwid & Fasohah)
2. Ustaz Ahmad Fathi Bin Mokhtar (Makhraj & Sifat Huruf)
Dijemput kepada mana-mana guru & kakitangan yang berminat untuk turut serta dalam kelas tersebut









