Muqaddimah

Al Quran merupakan kalamullah serta sebuah kitab yang diturunkan khusus kepada Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan satu mukjizat teragung di alam ini. Sebaik baik manusia adalah mereka yang mempelajarinya dan mengajarnya, lebih lebih lagi mereka yang menghafal akannya. Oleh itu, Sekolah Menengah imtiaz ditubuhkan untuk melahirkan pelajar soleh pintar yang hafiz Al quran. Dengan itu program ini telah pun dilaksanakan dengan jayanya berkat daripada usaha yang gigih daripada semua pihak dan pertolongan Allah Taala.

Objektif

  • Melahirkan pelajar yang hafiz Al-Quran dalam tempoh 3 tahun.
  • Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia berlandaskan Al-Quran.
  • Mewujudkan perasaan cinta dan sayang kepada Al-Quran sepanjang zaman.

Kaedah Pelaksanaan

  • Dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (halaqah) kepada 3 kategori (A, B dan C)
  • Menggunakan kaedah talaqqi.
  • Para pelajar memperdengarkan bacaan yang telah dihafaz secara individu dengan guru Quran masing masing.
  • Mengadakan ujian syafawi bulanan dan peperiksaan syafawi tahunan bagi memantau sejauh mana tahap keberkesanan hafazan.
  • Mengadakan program dan aktiviti yang dapat membantu mutu pembacaan dan hafazan Al-Quran.
  • Membuat laporan bulanan supaya dapat merekod tahap pencapaian hafazan secara individu.
  • Mengadakan perjumpaan dengan semua guru tasmi’ supaya dapat berbincang segala masalah dan menyelesaikannya dengan seberapa segera.
  • Mengadakan khidmat nasihat dan kaunseling kepada pelajar yang berhadapan dengan masalah hafazan.

JADUAL KELAS FORMAL

BIL HARI MASA
1 AHAD 08.25 – 09.40 PAGI
2 ISNIN 07.40 – 09.40 PAGI
3 SELASA 07.40 – 09.40 PAGI
4 RABU 07.40 – 09.40 PAGI
5 KHAMIS 07.40 – 09.40 PAGI

JADUAL KELAS TIDAK FORMAL

BIL HARI KELAS 1 KELAS 2
1 SABTU SELEPAS MAGHRIB – 09.30 MLM SELEPAS SUBUH – 07.00 PAGI
2 AHAD SELEPAS MAGHRIB – 09.30 MLM SELEPAS SUBUH – 07.00 PAGI
3 ISNIN SELEPAS MAGHRIB – 09.30 MLM SELEPAS SUBUH – 07.00 PAGI
4 SELASA SELEPAS MAGHRIB – 09.30 MLM SELEPAS SUBUH – 07.00 PAGI
5 RABU SELEPAS MAGHRIB – 09.30 MLM SELEPAS SUBUH – 07.00 PAGI