Program Ulul Albab
Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan Generasi Ulul Albab yang bercirikan tiga komponen iaitu:
Quranik
Hafiz 30 juzuk Al-Quran serta memahami tuntutan Al-Quran berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal, Sebar (BIFFAS).
(Program Hafazan Al-Quran)
Ensiklopedik
Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
(Kelas Bahasa Mandarin, Arab)
Ijtihadik
Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
(Kelab Avionik, Solarik, Robotik)








